Tahap bengkung Silat_Gayong_Maarifat

Tahap bengkung dalam PSSGMM terbahagi kepada 3 tahap iaitu :-

1. Cindai Kuning.a) Cindai Kuning Pelangi Biru Satub) Cindai Kuning Pelangi Biru Duac) Cindai Kuning Pelangi Biru Tiga

2. Cindai Meraha) Cindai Merah Pelangi Hijau Satub) Cindai Merah Pelangi Hijau Duac) Cindai Merah Pelangi Hijau Tiga

3. Cindai Hijaua) Cindai Hijau Pelangi Kuning Satub) Cindai Hijau Pelangi Kuning Duac) Cindai Hijau Pelangi Kuning Tiga

Setiap tahap bengkung dalam pembelajaran PSSGMM memakan masa 3 bulan untuk sampai ke tahap kemahiran.

Pihak PSSGMM bercadang untuk memperkenalkan tahap cindai kuning kepada pelajar sekolah kerana ia mudah dipelajari, boleh digunakan dalam pertandingan silat olahraga dan pertunjukan sebagai ilmu bela diri.

Disamping sesuai untuk pelajar-pelajar sekolah rendah, menengah dan Institut Pengajian Tinggi Awam.

Cindai Kuning Pelangi Biru Satu

  • Matapelajaran di gelanggang
    • Senaman Tua
    • Pernafasan 5
    • Pelebat Sendeng Terlak
    • Tubi 9
    • Taji 7
    • Pecah Pukul 7
    • Golek Anak Harimau
  • Majlis Mandi Adat Penerimaan Murid
    • Limau nipis 2 biji + limau purut 1 biji
    • Belanja kenduri pelajar : RM 85

Tujuan mandi adat ini diadakan adalah untuk memasukkan doa keselamatan, pagar diri ke dalam limau bagi ,melindungi murid-murid Gayong Ma’arifat dari kecelekaan dan sihir.

3. Majlis Adat Pengijazahan & Pembukaan Tenaga Mindaa) Doa selamatb) Ucapan pengenalan tenaga minda oleh Guru Utamac) Pembukaan pintu tenaga minda oleh Guru Utama(majlis dibuat secara tertutup)d) Kenduri doa selamat untuk meraikan murid-murid Gayong Ma’arifat, tetamu, ibubapa, murid-murid GM. (majlis dibuat secara terbuka.e) Pertunjukan silat oleh gelanggang GM berkenaan & gelanggang GM jemputan.

Permainan Langkah Laksamana

  1. Latihan silat tangan kosong = Memukul & mengelak 21x
  2. Latihan silat senjata keris = Menikam & mengelak 21x
  3. Latihan silat senjata parang = Menetak & mengelak 21x

• Semua latihan ini dilakukan dengan menggunakan senjata kayu yang mirip senjata sebenar & dilatih mengikut 3 tahap iaitu :-Perlahan / sederhana laju / laju• Disamping itu, anda akan diajar dengan petua senjata

  • Tempoh masa pelajaran ( 3 – 6 bulan )

Ujian kemahiran kenaikan bengkung

• Matapelajaran cindai kuning pelangi biru satu(Fizikal & tenaga)• Tempur 1 lawan 1 serta kreativiti permainan individu

Cindai Kuning Pelangi Biru Dua

1. Matapelajaran di gelangganga) Pelebat Gembur Harimaub) Asas 9 Gayong semilar saktic) Pecah pukul 9d) Pecah pukul 11e) Tangkisan serangan > Bawah  : Kaki / SisiTengah  : SendengAtas  : Siku / Sendeng

f) Petua membaca gerak musuh (pandang antara bahu & tengah tubuh

g) Rencah  : Asas (Pelebat, Tubi, Taji, Pecah pukul)• Pukul / elak / pukul• Sederhana laju (guna sarung tangan)

2. Permainan Langkah Laksamana

1. Latihan silat tangan kosong = Memukul & mengelak 21x

2. Latihan silat senjata keris = Menikam & mengelak 21x

3. Latihan silat senjata parang = Menetak & mengelak 21x

- Semua latihan ini dilakukan dengan menggunakan senjata kayu yang mirip senjata betul & dilatih mengikut 3 tahap iaitu :- Perlahan / sederhana laju / laju.

3. Rencah : Kemahiran Tempur- Gabungan seluruh pelajaran pelangi satu & dua yang direncahkan dalam pertempuran secara laju. Waktu pertempuran, pesilatdikehendaki menggunakan petua & akal & diselangi denganpermainan gerak langkah laksamana secara berselang-seli. Tujuanlatihan ini, untuk melatih pesilat, boleh bersilat dalam keadaanbiasa atau menggunakan tenaga minda.- Gunakan sarung tangan

  • Tempoh masa pelajaran ( 3 – 6 bulan )

UJIAN KEMAHIRAN KENAIKAN BENGKUNG

Matapelajaran Cindai Kuning Pelangi Biru Dua(Fizikal & Langkah Laksamana)- Tempur satu lawan 2 serta kreativiti permainan individu

Cindai Kuning Pelangi Biru Tiga

1. Matapelajaran di gelangganga) Pelebat gempur tuahb) Pecah pukul 13c) Rahsia langkah 1, 2, 3, 4.d) Rahsia sasaran pukulan :- Pangkal telinga 100%- Dahi 60%- Hidung 60%- Dagu 50%- Halkum 90%- Ulu Hati 80%- Penyawa 100%- Rusuk 60%- Bawah Ketiak 60%- Sendi-sendi tubuh 80%

e) Kincir tangan :- Buang - Buang pukul

f) Kincir siku- Buang - Buang pukul

g) Tempur rencah ( kemahiran 2 )(guna sarung tangan)

2. Permainan Langkah Laksamana

a) Latihan silat tangan kosong : Pukul / elak / pukul / tangkap 21xb) Latihan silat senjata keris : Tikam / elak / tikam / tangkap 21xc) Latihan silat senjata parang : Tetak / elak / tetak / tangkap 21x

- Semua latihan ini dilakukan dengan menggunakan senjata kayu

  yang mirip senjata sebenarl & dilatih mengikut 3 tahap iaitu :  ( Perlahan / Sederhana laju / Laju )
  • Tempoh masa pelajaran ( 3 – 6 bulan )

UJIAN KEMAHIRAN KENAIKAN BENGKUNG- Matapelajaran CIndai Kuning Pelangi Biru Tiga(Fizikal & Langkah )- Tempur 1 lawan 3 serta kreativiti permainan individu